11 Julai lalu pegawai SPRM melaporkan kepada media pasangan suami isteri Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan direman SPRM kerana disyaki menyeleweng dana derma awam terbabit dalam aktiviti itu sejak 2020.
Menurut SPRM pempengaruh dipercayai sudah mengutip derma dianggarkan mencecah RM3 juta.
Turut direman empat hari ialah dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian JomDonate.
Dakwaan yang tular ialah penglibatan pempengaruh melibatkan skim 20 peratus yang diterima bagi keseluruhan derma oleh platform kutipan derma.
Pada 15 Julai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam oleh Alif Teega, Aisyah Hijanah dan dua pengendali platform Jom Donate.
Seperti tahu Alif Teega bakal didakwa di mahkamah Aisyah Hijanah pada awal september lalu memfailkan cerai terhadap Alif Teega
Alif Teega didakwa salahguna dana awam
Akhirnya Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu.
Gempak dengan berita penyelewengan berjuta, dimalukan media akhirnya Alif Teega didakwa hanya dengan wang RM63,000.
Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani di mahkamah tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
“Saya mohon bicara,” katanya
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Makkah, Syria, Palestin di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari, di sini, pada 26 April lalu.
Bagi pertuduhan kedua, pempengaruh itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN di bank yang sama pada 15 Jun lalu.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat dan denda.
Sebelum ini pasangan itu membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Mereka juga disambung reman 3 hari atas siasatan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 namun persoalan besar mengapa Alif Teega didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bukan Seksyen 23 SPRM (Kesalahan Salah Guna Jawatan atau Salah Guna Kuasa)?
Alif Teega dan isterinya sebelum ini menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang ditularkan di media sosial. Pasangan suami isteri itu turut menegaskan mereka tidak pernah menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi.
Dibicarakan di khalayak dengan penyelewengan RM3 juta namun yang ‘sangkut’ hanya RM63,000
Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang menjalankan siasatan dan membekukan 20 akaun berkait pempengaruh sejak awal julai pula telah diturunkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) dalam satu surat bertarikh 26 julai 2024.
Menjadi satu trend, pertuduhan kecil namun dibesar-besarkan dengan tangkapan puluhan juta malah mencecah billion tetapi pendakwaan hanya kecil dan kemungkinan besar hanya dikompuan. Ini sebahagian modus operandi SPRM mengejar KPI media.
Bagaimana pula dengan Basri penyedia platform Jom Donate menantu Naib Presiden PAS Datuk Ustaz Haji Idris? Apakah tukang kutip tidak akan dituduh di mahkamah menyeleweng seperti Alif Teega?