Baru-baru ini kecoh Khazanah Nasional Bhd dan pengurus aset Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjual pegangan kolektif mereka dalam platform e-dagang fesyen pertama di negara ini, Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) pada harga hanya RM3.1 juta — kerugian 43.9 juta daripada pelaburan asal RM47 juta mereka.
Khazanah melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta, kedua-duanya untuk kepentingan minoriti dalam syarikat itu. Antara alasan kerugian FashionValet adalah kerana kes Covid-19.
Kisah Fashion Valet bukan baharu, pernah dijadikan isu tahun 2019 ramai juga mengkritiknya. Fakta yang tidak boleh disorok sejak 10 tahun lalu Fashion Valet Sdn Bhd atau dulunya Proven Creative (M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang rugi berturut-turut. Fashion Valet Sdn Bhd merupakan syarikat dinaungi oleh ayah Vivy Dato’ Yusof Jusoh (Yusof Perancis) Pengerusi Eksekutif Proven Holding Sdn Bhd (Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim). Dato’ Yusof Jusohlah mengatur semuanya untuk anak dan menantunya.
Apa strategi awal Vivy dan Fashion Valet?
Sebelum itu Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengoperasikan syarikat 30 Maple Sdn Bhd untuk memasarkan jenama Duck.
Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pada Disember 2018, Fashion Valet yang menerima dana Khazanah/PNB itu membeli 30 Maple Sdn Bhd pada harga RM95 juta.
Pembelian dibuat pada 2018 itu ialah tahun sama di mana Khazanah dan PNB membuat pelaburan sebanyak RM47 juta dalam Fashion Valet.
Laporan tahunan Fashion Valet pada 2018 menilai jenama 30 Maple pada harga RM68.8 juta dan nilai tambah pada RM21 juta. 30 Maple Sdn Bhd dilihat syarikat yang menguntungkan malah pada 2017 dan 2018, ia merekod keuntungan masing-masing sebanyak RM8.5 juta dan RM7.745 juta.
Berdasarkan dokumen syarikat 30 Maple, syarikat itu juga membayar dividen sebanyak RM4.2 juta pada 2017 dan RM10 juta pada tahun 2018.
Dalam erti kata lain ‘Fashion Valet milik Vivy yang mendapat dana daripada PNB dan Khazanah telah membeli 30 Maple Sdn Bhd milik Vivy dan suaminya. Maka Fashion Valet bayar kepada Vivy untuk mengambil alih 100% 30 Maple Sdn Bhd.
Malangnya hari ini 30 Maple Sdn Bhd juga berada dalam kerugian walaupun hasil jualan tahunannya RM73 juta
Apa kah strategi ini salah? Jual kepada diri sendiri. Dapat Untung dan hanya Fashion Valet merekodkan kerugian. Walaupun dalam rekod Fashion Valet rugi mungkin penjualan 30 Maple Sdn Bhd meyakinkan Khazanah. Menurut sumber Khazanah yang mencadangkan semua itu sebelum dana disalurkan kepada Fashion Valet.
Bagaimanapunn pada tahun 2022, Fashion Valet mengumumkan penutupan operasinya dan memfokuskan perniagaan kepada jenama dUCK dan LILIT yang kekal sehingga kini.
Serangan terhadap Fashion Valet
Hari ini pelbagai pihak mengkritik Fashion Valet yang menyebabkan kerugian kepada Khazanah dan PNB bernilai RM47 juta!. Mereka menyalahkan Vivy Yusof, suami dan bapanya menguruskan syarikat itu. Itulah namanya pelabur, Ahli Parlimen termasuk Speaker juga meluahkan rasa kecewa melihat angka kerugian berbanding tahu makumat sebenar tetapi mereka juga pada tahun 2017 di Dewan Rakyat sama -sama memuji Fashion Vallet dan Vivy Yusof sebagai usahawan anak muda berjaya.
Ya Fashion Valet dan Vivy gagal bertahan dan melawan platform lain seperti Alibaba, Amazon, Ebay, zalora, Lazada, Shoppe, tiktok dan pelbagai platform lagi.
Ada juga yang mahu tindakan keras diambil dan sekarang siasatan SPRM terhadap Fashion Valet. Vivy dan suaminya dipanggil SPRM beri keterangan begitu juga beberapa pejabat terkait Fashion Valet diserbu termasuk pejabat Khazanah, MOF dan PNB.
Itulah pelaburan Khazanah dan PNB ada untung dan ada yang rugi. Namun tidak juga adil menyalahkan Fashion Valet dan Vivy Yusof. Syarikat akan menerima sesiapa saja pelabur namun keuntungan atau kerugian satu isu lain.
Persoalan yang sepatutnya dibangkitkan ialah siapa pegawai MOF, Khazanah dan PNB meluluskan pelaburan itu ketika itu? Bagaimana due diligence projek itu dibuat? Apakah idea penjualan 30 Maple Sdn Bhd kepada Fashion Valet telah memerangkap Khazanah?
Fashion Valet sejak ditubuhkan tahun 2002 memang sebuah syarikat yang rugi. Ketika penyata kewangannya bocor untuk tahun 2015 dan 2016 jelas menunjukkannya. Begitu juga jika melihat penyata dalam tempoh 10 tahun jelas Fashion Vallet syarikat rugi.
Jawawpan mengapa Khazanah dan PNB memilih Fashion Valet ada pada mereka. Melihat senarai pelabur Fashion Valet tahun 2019 jelas pelbagai pihak melabur bukan sahaja Khazanah Nasional tetapi My Eg Capital Sdn bhd milik TS Wong, Transasia E Commerce Inc, Start Today co Ltd (Zoco inc) , Reussi Sdn Bhd, Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd (Khazanah) dan PNB ( PNB Inspire Ethical Fund)
MENGAPA KHAZANAH DAN PNB JUAL SAHAM HARGA RM3.1 JUTA?
MYEG sendiri mempunyai saham yang lebih besar berbanding Khazanah dan PNB sebelum ini. Tidak pula MYEG menjual kepentingannya serendah RM3 juta? Ada sesuatu tidak kena. Yang jual serendah RM3.1 juta ialah Khazanah dan PNB tetapi yang salah Vivy Yusof dan suaminya? Bukan Vivy yang mengarahkan Khazanah dan PNB menjual kepentingan mereka.
Kedudukan terbaru Fashion Valet tidak jauh berubah hanya NXBT Partnes Sdn Bhd saja pemegang saham baharu selepas membeli saham Khazanah dan PNB. Rugi ya tetap rugi cuma kerugian meningkat kepada RM34.5 juta selepas cukai. Walaupun jualan tahunannya RM112 juta untuk tahun 2023
Sekalipun rugi pihak yang melabur lama seperti TS Wong MyEG tidak pula melupuskan saham mereka dalam Fashion Valet? Jadi mengapa Khazanah dan PNB menjual saham mereka dengan nilai RM3.1 juta? Jika dulu melabur RM47 juta mengapa Khazanah dan PNB menjual serendah itu?
MENGAPA KHAZANAH DAN PNB JUAL SAHAMNYA KEPADA NXBT PARTNERS SDN BHD?
Syarikat NXBT Partners Sdn Bhd membeli saham Khazanah dan PNB semurah RM3.1 juta dimiliki Afzal Abdul Rahim, CEO TIME dotCom Bhd. Sekali lagi dalam rekod menunjukkan syarikat pemegangan pelaburan yang dikawal oleh Afzal Abdul Rahim ini sebuah syarikat yang rugi.
Maklumat yang diperolehi Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka pada penghujung 2023 kepada NXBT Partners Sdn Bhd tetapi mengapa sekarang bulan november 2024 baru diumumkan?. Apa motifnya?
Apa hubungan Afzal Abdul Rahim, CEO TIME dotCom Bhd dengan Khazanah? Afzal merupakan kroni kesayangan kepada Khazanah!
Khazanah memegang 32.34% pegangan dalam TIME dotcom Bhd, setakat 22 Julai tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd (Khazanah), Global Transit International Sdn Bhd (GTI) dan Megawisra Investment memegang 25%.
Global Transit International Sdn Bhd (GTI) dimiliki Afzal Abdul Rahim sebelum ini membentuk perkongsian strategik dengan Khazanah Nasional Berhad untuk memulihkan dan membangunkan TIME dotCom Bhd. Melalui instrumen pelaburan bersama mereka, syarikat Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd, Khazanah dan GTI menguasai pegangan besar dalam TIME dotCom, yang membolehkan syarikat itu pulih sepenuhnya dan kini aset penting buat Khazanah.
PULAU KAPAS VENTURES SDN BHD lah lubuk bersama Khazanah dan Afzal Abdul Rahim. Khazanah mempunyai 47.7 juta saham manakala Afzal melalui GTI mempunyai 193 juta saham. Lembaga Pengarahnya Afzal sendiri dan rakan niaganya dari Itali Patrick Corso. Syarikat ini untung sebelum cukai 711 juta. Ini menunjukkan Khazanah mempunyai pelaburan yang menguntungkan di TIME dotCom.
Khazanah untung jual saham TIME dotCom
Oktober tahun lalu Khazanah menjual 3.7% kepentingan dalam TIME dotCom bernilai lebih RM350 juta melalui syarikat bersekutunya, Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd (PKV) bersamaan dengan 67.5 juta saham ketika harga saham syarikat itu mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada RM5.56.
Data transaksi luar pasaran daripada Bloomberg menunjukkan bahawa 67.5 juta saham TIME didagangkan pada 10 Okt pada harga RM5.29 setiap satu, atau bersamaan dengan RM357 juta.
Pengarah urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebelum ini memuji kerjasama bersama Afzal Abdul Rahim dan Global Transit International Sdn Bhd (GTI) yang memberi pulangan besar kepada Khazanah. Begitu juga Afzal begitu senang berurusan dengan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
“Lima belas tahun yang lalu, kami memulakan cabaran besar untuk memulihkan TIME. Kami telah bekerjasama rapat dengan Khazanah di setiap langkah untuk membuat keputusan strategik penting,” kata Afzal.
Maka tidak menghairankan Afzal Abdul Rahim dan TIME dotCom Bhd kuda penting Khazanah.
KHAZANAH ARAH AFDZAL ABDUL RAHIM BELI FASHION VALET YANG RUGI
Afzal Abdul Rahim, Pulau Kapas Ventures Sdn Bhd, NXBT Partners Sdn Bhd dan TIME dotCom Bhd tidak pernah terlibat dalam Fashion Valet Sdn Bhd namun tiba-tiba Khazanah dan PNB menjual saham mereka semurah RM3.1 juta kepada Afzal Abdul Rahim. Tidak mengapa Khazanah dan PNB rugi RM43.9 juta yang penting kepentingan Khazanah sudah terjual. Kerajaan rugi tetapi Afzal Abdul Rahim membeli dengan diskaun lebih banyak.
Mengapa Afzal Abdul Rahim sanggup membeli saham Fashion Valet itu walau tahu syarikat itu rugi lebih RM30 juta untuk tahun 2023? Mungkinkah beliau perlukan syarikat hasil tahunannya lebih RM 100 juta dan juga kerugian syarikat puluhan juta untuk pelepasan cukainya? Atau mungkin juga beliau mahu menstruktur semula Fashion Valet.
Jawapannya lain ialah kenang budi Afzal Abdul Rahim kepada Khazanah yang menguntungkan TIME dotCom Bhd jadi Afzal Abdul Rahim perlu membalas balik Khazanah walau dapat ‘cash cow’ RM3.1 juta. Untung jual saham TIME dotCom saja RM357 juta apalah sangat RM3.1 juta!
Terdapat sumber Afzal Abdul Rahim mengarahkan Vivy Yusof dan suaminya Fadzaruddin meletak jawatan meninggakan Fashion Valet. Vivy Yusof dan Fadzaruddin tidak perlu akur meletak jawatan kerana mereka merupakan pengasas syarikat . Jika Afzal Abdul Rahim mahu membeli saham Fashion Valet dia sepatutnya mengemukakan tawaran bukan dengan cara kotor menggunakan saham Khazanah dan PNB untuk merampas Fashion Valet. Nilai harga rendah RM3.1 juta oleh Afzal memudahkan mereka untuk memaksa Vivy Yusof, suami dan Dato’ Yusof menjual saham mereka lebih rendah selain menghukum dengan persepsi rakyat kerugian dana kerajaan itu
SPRM digesa menyiasat Afzal Abdul Rahim bagaimana beliau boleh mendapat saham itu daripada Khazanah dan PNB? Siapa dalam Khazanah dan MOF meluluskan penjualan saham mereka. Bukankah ini jelas satu ‘kepentingan’Conflict of Interest’ Afzal Abdul Rahim dengan Khazanah? sanggup rugi tetapi untung saham dalam syarikat TIME dotCom Bhd.
SPRM boleh menyiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan jika ada penjawat awam daripada MOF atau Khazanah menerima benda berharga tanpa balasan yang mencukupi. Sekalipun rugi Afzal tetap membeli saham Fashion Valet kerana arahan pegawai MOF atau Khazanah kerana beliau sudah mendapat manfaat keuntungan ratusan juta bersama Khazanah di TIME dotCom Bhd.
Menyalahkan Vivy Yusof hanya satu strategi menutup kesalahan pegawai MOF dan Khazanah kerana jelas Fashion Valet memang rugi dalam tempoh 10 tahun tetapi Khazanah tetap memberi dana kepada Fashion Valet. Siapa yang meluluskan RM47 juta kepada Fashion Valet? dan hari ini sekali lagi siapa pegawai MOF dan Khazanah yang meluluskan kerajaan menjual saham bernilai RM47 juta itu dengan nilai paling teruk RM3.1 juta? Siapa Pegawai MOF ke? Pengarah Urusan Khazanah ke? Ini sepatutnya diburu.
Jangan sampai ada pihak mendedahkan Afzal Abdul Rahim pernah menjual syarikatnya di Thailand bernilai lebih RM700 juta. Ada bayar cukai di Thailand dan Malaysia? Duit itu dibawa balik ke Malaysia?
Dalam beberapa siri pelaburan Khazanah kepada syarikat lain banyak juga yang rugi. Kita akan kupas beberapa syarikat lain yang diberi dana selain Fashion Valet yang rugi malah nilainya lebih besar mencecah berbilion ringgit. Napoleon kecil di Khazanah sedang buat kerja sebagaimana dakwaan siasatan SPRM terhadap anak syarikat Khazanah Xeraya Capital. Pengarah Urusan Khazanah Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir sedang menyakau bersama adiknya Fares Zahir. Masih ramai Napoleon kecil di Khazanah akan dibongkar sejak sekian lama.