Pembayar rasuah paling unggul kepada penguatkuasa di negara ini Dato’ Sri Aminul Islam pengasas Bestinet akhirnya diburu polis Bangladesh. Jabatan Imigresen porak poranda dikerjakan olehnya apabila semua gejala rasuah kuanter ‘setting’ di KLIA didalangi pemilik Bestinet ini.
Polis Bangladesh dilaporkan meminta kerajaan Malaysia menangkap dan mengekstradisi dua ahli perniagaan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing.
Aminul Islam dan Ruhul Amin didakwa memainkan peranan penting dalam sistem yang ‘memeras wang secara curang daripada mangsa’, lapor Bloomberg.
Peguam Aminul menafikan sepenuhnya dakwaan yang dibangkitkan dalam surat polis Bangladesh kepada pihak berkuasa Malaysia itu.
Ruhul juga menafikan dakwaan itu, melalui Catharsis International, sebuah firma pengambilan pekerja miliknya di Dhaka. Syarikat itu ‘beroperasi secara beretika dan sah di sisi undang-undang’, tambahnya.
Menurut surat bertarikh 24 Okt daripada cawangan Interpol Bangladesh, yang dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia, mangsa didakwa diseksa secara fizikal dan mental.
Bloomberg mengesahkan kandungan surat itu dengan cawangan Interpol Bangladesh dan pegawai kanan kerajaan Bangladesh.
Polis Bangladesh juga meminta Putrajaya menghentikan sementara penggunaan perisian Bestinet Sdn Bhd, milik Aminul kontroversi bagi pengambilan pekerja asing.
Bloomberg turut menghubungi polis Malaysia, serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar untuk mendapatkan komen tetapi masih belum memperolehnya, manakala Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) enggan mengulas.
Ashiqur Rahman, yang bertugas di cawangan Interpol Bangladesh berkata, kedua-dua individu tersebut kali terakhir dilihat di Kuala Lumpur.
Katanya, pihak berkuasa Malaysia telah menjawab surat itu dengan meminta polis Bangladesh mengemukakan permintaan rasmi untuk ekstradisi, dan pihaknya sedang menyediakan dokumen berkaitan.
Aminul Islam dan Bestinet dilindungi di Malaysia
Tuntutan polis Bangladesh dan interpol mencabar kedudukan Dato’ Sri Aminul Islam seorang jutawan Bangladesh yang menjadi warganegara Malaysa dan terlalu kebal di negara ini.
Dato’ Sri Aminul Islam rakan kroni Datuk M Saravanan bekas Menteri Sumber Manusia dan Datuk Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp terlibat banyak kes rasuah dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS). Aminul, Saravanan dan Shahul sering bercuti bersama di luar negara.
Ketika Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia, SPRM menyerbu Bestinet dan mereman CEOnya bagi siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. Bestinet syarikat platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik oleh kerajaan terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022 namun 25 ejen didapati banyak milik Aminul Islam sendiri.
Sehingga hari ini Dato’ Sri Aminul Bangla ini terus kebal tiada tindakan diambil selepas siasatan.
Datuk M Saravanan pula sentiasa mempertahankan kawannya Dato’ Sri Aminul Islam mengaitkan dengan sindiket membekal buruh Bangladesh di Malaysia.
Penguatkuasa di Malaysia nampaknya tidak pernah percaya Dato’ Sri Aminul Islam dan Bestinet terlibat dalam pemerdagangan manusi atau sindiket membekal pekerja asing.. Pendedahan antarabangsa mengenai sindiket itu tidak pernah diambil perhatian oleh penguatkuasa di Malaysia.
Dalam satu pendedahan portal antarabangsa prothomalo, Aminul dan Ruhul Amin terlibat dalam kegiatan ‘pengubahan wang haram’ ke Malaysia mengundang persepsi buruk kepada Malaysia. Tuduhan dibangkitkan melalui usaha Aminul dan Ruhul Amin sejumlah RM306 juta dari pekerja dari Bangladesh ke Malaysia. Aminul dan Mohammad Ruhul Amin menjadi dalang di sebalik operasi sindiket ini yang mengurus penghantaran pekerja melalui caj tambahan yang sangat tinggi.
Sindiket ini didakwa mengutip bayaran melampau daripada pekerja Bangladesh yang ingin bekerja di Malaysia, dengan jumlah yuran yang dikenakan jauh melebihi kadar rasmi. Sebagai pemilik syarikat Bestinet, yang menguruskan perisian Foreign Workers Central Management System (FWCMS), Aminul dikatakan memanfaatkan kawalan ke atas sistem tersebut untuk memastikan hanya agensi yang bersekongkol dengan sindiket sahaja boleh mengakses dan mendaftarkan pekerja.
Menurut laporan, Bestinet mengenakan yuran pendaftaran sehingga RM1,07,000 bagi setiap pekerja, di mana sebahagian besar dana ini disalurkan ke Malaysia melalui kaedah haram. Sindiket juga menuntut yuran tambahan bagi tujuan mengeluarkan sijil kelulusan BMET dan caj tersembunyi lain di luar kos sebenar yang ditetapkan kerajaan.
Aminul Islam kaya raya di Malaysia
Selain Bestinet Dato’ Sri Aminul Islam kaya raya di Malaysia dan mencuci wang haram mereka dalam syarikat senarai awam Malaysia. Dua syarikat dikenal pasti dikuasai oleh Dato’ Sri Aminul Islam ialah G3 Global Berhad dan Green Packet Bhd.
Di G3 Global Berhad Dato’ Sri Aminul Islam bekerja rapat bersama Kunal Tayal ketua pegawai kewangan Bestinet Sdn Bhd yang juga pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif G3 Global Bhd. Mengukuhkan kedudukan dalam syarikat ICT Mr. Kunal Tayal dijadikan pemegang saham terbesar syarikat Mafia Korporat Green Packet Berhad yang juga kontroversi sebelum ini melibatkan budak Victor Chin Boon Long, Dato’ Teleng Lim Kok han dan Leong Seng Wui bekas Pengarah Eksekutif kumpulan Green Packet.
Datuk Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng) Mafia Korporat sebelum ini yang menjadi pemegang saham utama Green Packet Bhd melupuskan 358.18 juta saham dalam kumpulan itu pada 26 Mei 2023.
Dato’ Sri Aminul Islam pernah ada cubaan untuk menguasai projek SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) bersama IRIS Bhd tetapi gagal.
BACA ARTIKEL BERKAITAN
Apakah Kerajaan dan polis Malaysia akan melayan tuntutan ekstradisi Dato’ Sri Aminul Islam dan Ruhul Amin ke Bangladesh kerana pengubahan wang haram?